Pages

Sunday 27 November 2016

Gadis Gitar

Assalamualaikum and hye semua :D

Bila tengok je tajuk ,,, rasa macam poyo giler kau haha . Alahhh ,, takpe saja nak bagi gempak tajuk entri bagi korang baca , padahal tak de pape pun . haha .

Sebernanya Sue ni ada lah gak bakat dalam alat muzik ni , senang cakap boleh lah main alat muzik ni ,, main ada lah jugak keluar bunyi lagu tu . haha ,,, alat muzik yang Sue main gitar . ofcuz kalau tanya nak main alat muzik apa mesti korang akan cakap gitar . why gitar??? ada apa dengan gitar ?? kenapa tak cakap nak main seruling ke , piano ke , marakas ke , harmonika ke ??

Jadi Sue pun buat lah analisis demografi cehhh cehh , ahha . Mungkin ramai yang lebih memilih nak belajar gitar sebab gitar ni cool kot , dengan bentuk dia and ada macam2 warna yang menarik berbanding dengan alat muzik yang lain . Mungkin juga kita dah selalu nampak orang main gitar sampai rasa macam wow bestnye , aku pun nak belajar jugak .

So start lah beli gitar ,, tengok kord dekat intenet . Mula2 excited nak belajar last2 hampehh , gitar tu di biarkan berhabuk sampai berkarat tali gitar tu . Nak belajar main gitar ni pun kena komitmen , apa  korang ingat hubungan cinta je ada komitmen , haha . Sue cakap ni sebab nak belajar gitar kena selalu praktis kena ingat kord , jari pulak kena praktis time nak tukar kord , kena belajar strum ikut rentak. Kalau ada girl2 yang minat nak belajar main gitar ni tak boleh bela kuku panjang , jari jadi tak cantik , jadi kematu asyik tekan tali gitar je .

gigih giler time ni belajar , salin satu2 kord dalam buku nota

Sue belajar ni untuk hafal kord je ambil masa selama 1 minggu , praktis jari tukar kord laju n belajar strum ambil masa 1 bulan . Tapi still Sue masih lagi amatur walaupun dah main gitar 1 tahun setengah. Nak belajar plucking n baca tabs T_T

Sue start minat main gitar ni masa tengok kawan main gitar time buat gimik merdeka ,, time tu Sue nyanyi lagu >Bahtera Merdeka< . So beli lah gitar Santa Cruz , untuk belajar . Gitar ni pun pendek je fret board dia , tali dia pun tak de lah jauh sangat dari fret board tu so takyah lah kena tekan kuat sangat . So nak buat kord C pun senang ,, almaklum lah time tu jari still keras .

gitar Sue , Santa Cruz

Sayang giler kot dengan gitar ni , banyak berjasa di saat susah dan senang . Gitar ni macam pakwe Sue lah ,, sentiasa ada di sisi.

Tengok ada nama Sue . Biersack tu nama penyanyi kumpulan Black Viel Bride . Dulu stok lagu scremo, metal , post-hardcore .

okey lah , ni jela Sue nak bercerita ,,, Entri Sue akan berakhir dengan lagu yang Sue first belajar main gitar .

Adiosss~~

Ni sekecik ni pun sibuk gak dekat sini =_="

Ainan Tasneem - Aku Suka Dia


Tunning: Capo On 1 Intro: D A Em G D A Aku lihat dia di sana Em Aku ingin mendekatinya G Aku cuba mengampirinya D Lalu aku menyapa dia D A Dia pun membuka bicara Em Dan aku mulai mengenalnya G Kita mulai bermain mata D Mula timbul rasa bahagia Chorus : D A Em Bila dia, mendekati diriku, G D Hatiku rasa sesuatu D A Em Bila dia, senyum pada diriku G D Hatiku rasa tak menentu D A Em G D A Kekadang hati ku bertanya Em Adakah dia dah berpunya G Kerana diriku berasa D Aku jatuh hati padanya D A Aku ingin memilikinya Em Aku ingin menjaga dia G Aku ingin mencinta dia D Aku ingin hidup dengannya Chorus: D A Em Bila dia, mendekati diriku, G D Hatiku rasa sesuatu D A Em Bila dia, senyum pada diriku G D Hatiku rasa tak menentu D A Em Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya G D Untuk meluahkan rasa D A Em Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja G D Menunggu cinta darinya D A Em G Bridge : D A Em Ku terima satu nota..darimu.. G D Yang tertulis 'Aku suka kamu' Back To Chorus D A Em Akhirnya kini, ku kan mampu ceria G D Diriku sangat gembira D A Em Akhirnya kini, aku mulai bahagia, G D Menerima cinta darinya.. D A Em Owh owh... G D Aku suka dia...

No comments:

Post a Comment