Pages

Friday 2 December 2016

Resepi: Bebola Ayam Cendawan Rangup

Assalamualaikum dan hye semua :D

Hari ni Sue kongsikan resepi Sue sendiri iaitu bebola ayam cendawan . Nak buat dia simple je , cuma perlu blend je .

Bahan
Isi ayam 2 ketul
cendawan
bawang putih
halia , sangat2 sedikit(tak nak guna pun tak pe)
bawang besar(separuh)
breadcrumb
lada hitam n putih
garam

Cara:
Memula blendkan cendawan , bawang putih , halia , bawang besar n isi ayam , blend tanpa air dan satu2 ye , jangan malas.

Lepas tu campurkan semua bahan yang dah diblend , letak garam , lada hitam dan putih , gaulkan . Masukkan breadcrumb dalam 1 cawan setengah . gaulkan .

Ambil beberapa adunan ayam tu buat bentuk bulat2 , buat smpai habis , saiz bergantung kepada korang ye . Selepas iti goreng sehingga keperangan .

Ni yang sue goreng tadi , masih panas


Sebernanya , cendawan tu korang boleh ganti dengan benda lain. Nak letak sosej ke , cheese ke , nak letak carrot ke boleh je . Dan Sue gunakan breadcrumb sebab breadcrumb tu boleh serap cecair dari ayam tu dan bila goreng rangup. Kalau guna tepung bila goreng dia lembik and rasa tepung . 

Jadi selamat mencuba dan kalau dah cuba boleh comment dia bawah . 

Adioss~~