Pages

Monday 21 April 2014

Cara Buat Masker Muka Sendiri

ASSALAMUALAIKUM...

HYE SUME...:D


DI MALAM YANG SEJUK N MENENANGKAN NIE TETIBE MENDAPAT IDEA NAK MENGPOST PASAL CARA NAK BUAT MASKER MUKA BUATAN SENDIRI....SUE DE MENTERAI SATU MASKER MUKA GUNA KULIT OREN KERING.SO SAMBIL NK TUNGGU MASKER UH KERING KAT MUKA TIDO SKEJAP.N RESULT DIE 3 ARI MUKE SUE LEMBUT,GEBU,N DAPAT MENGHILANGKAN BLACK HEAD...SO SUE DE SEARCH 'MR GOOGLE'MASKER BUATAN SENDIRI...ANTARA MASKER YANG SUE DAPAT JUMPE IALAH....





1.MASKER STRAWBERRY YOGURT



Enam biji strawberi segar (dilecekkan) 
Satu sudu makan yogurt asli (tanpa perisa) 

Dimulakan dengan membasuh enam biji buah strawberi tadi. Kemudian gunakan garfu untuk melecek buah tadi di dalam sebuah mangkuk sehingga hancur. Masukkan campuran yogurt dan kacau hingga sebati. Selepas kedua-dua campuran yang diadun sebati menjadi adunan kental dan melekit, letakkan ia di wajah anda. Tinggalkan masker tadi di wajah anda selama 20 minit kemudian bilas dengan air sejuk. 


2.MASKER TELUR DAN AVOKADO



Satu biji telur (Ambil putih telur sahaja, kuning simpan buat sarapan. Jangan membazir ya!) 
Setengah biji avokado
Satu sudu makan perahan limau

Sekiranya anda inginkan kulit wajah yang halus, lembut dan tidak kering, maka buatlah masker wajah berstektur lembut yang dapat membantu anda menghapuskan kilauan dan menambah kelembutan. Bermula dengan putih telur yang dipukul di dalam mangkuk sehingga kembang. Kemudian cincang atau lecekkan buah avokado tadi sehingga lumat dan lembut. Tuang putih telur, avokado dan satu sudu perahan limau tadi ke dalam pengisar. Kisar campuran tadi sehingga ia menjadi pes dan letakkan ke wajah anda. Biarkan ia selama lima minit kemudian bilas dengan air sejuk.  


3.MASKER OAT


Sebiji timun
Dua sudu makan yogurt asli
Setengah cawan empingan oat

Sekiranya anda jenis yang tidak suka bahan kimia di dalam skrab, pengelupasan tetapi ingin menghalang bintik hitam dan bintik putih daripada 'menghiasi' wajah anda, gunalah masker yang menenangkan ini. Untuk membuatnya, anda perlu menghiris timun tadi dan kisar ia. Masukkan yogurt dan empingan oat yang telah disukat tadi. Sebaik saja campuran tadi menjadi pes, oleskan ia di wajah dan biar sehingga 10 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Untuk hasil lebih efektif, pakai penyegar (daripada produk bebas kimia) khusus untuk kulit sensitif selepas pemakaian masker ini. 

4.MASKER EPAL MADU


Sebiji buah epal
Tiga sudu makan madu

Kepada sesiapa yang ingin mengetatkan atau mengecilkan liang roma di wajah, masker epal madu ini adalah pilihan yang tepat! Anda boleh membuatnya dengan menghiris nipis epal segar yang telah dikupas kulitnya kemudian kisar bersama tiga sudu makan madu menggunakan mesin pengisar sehingga ia menjadi pes. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan ia selama 15 minit. Bilas campuran tadi dengan air sejuk dan nikmati kulit wajah yang tegang dan halus! 

5.MASKER SODA PENAIK



Kepada yang 'menderita' serangan bintik hitam patut menggunakan 'resipi' ini. Masker serba mudah ini boleh dibuat dengan hanya menggunakan soda penaik dan air. Campurkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes tebal dan pakaikan di wajah anda. Kemudian urut perlahan dan lembut pes tadi di wajah dan biarkan ia selama 10 minit. Kemudia bilas dengan air seju

6.MASKER PUTIH TELUR




KHASIAT PUTIH TELUR:

Menegangkan kulit muka
Mengecilkan pori-pori di muka
Menyingkirkan lebihan minyak di muka
Dapat mengatasi masalah kulit seperti blackhead, whitehead



CARA PAKAI MASKER:
Asingkan putih telur dengan kuning telur (ambil putih je taw)
Kacau telur sampai berbuih sikit je ye.
Cuci muka bagi bersih dulu dengan pencuci muka. Lepastu wapkan muka dengan air panas atau sapukan muka dengan kain yang direndam dengan air panas. Kalau agak-agak malas nak wapkan, cuci je muka dengan air suam. (Tujuan untuk bukak pori muka yang tersumbat)
Then, bolehlah sapukan rata putih telur tu ke muka dan biarkan kering.
Setelah kering, cuci muka dengan air sejuk.(Tujuan untuk tutupkan balik pori muka)
Boleh lakukan sekali seminggu.


Kalau nak buang whitehead atau blackhead boleh pakai tisu atau kapas muka. Cara mudah je. Cuma sapukan putih telur kat tempat yang kita nak buang whitehead atau blackhead tu, letak tisu atau kapas muka kat tempat tu, then sapukan lagi putih telur atas tisu tu. Tunggu sampai kering, lepas tu boleh cuci bersih.









Sunday 20 April 2014

Kek Sponge Pandan

Assalamualaikum..........


   Bulan nie sue sungguh beezy dgn kerja kursus seni . Nak buat olahan lah , nak buat lukisan realistik lah . Almaklumlah bdk spm , so pada sape2 yg dah lepas spm n amek seni tu tau2 je lah . So berbalik pada entri , al kisah sue buat kek sponge nie pasal ibu sue yang suro cari resepi kek nie . Sue sebernanye x bape minat nan kek sponge nie , sebab slalu sue beli  kek sponge kat kedai so rase die agak padat . Tapi kek yang sue buat nie memang giler giler lembut(amek kau).Sue lupe sue amek kat sape resepi nie(sori tuannyer resepi).Sue lupe nk tangkap pic kek nie. Da bape hari bau ingat x amek pic(adoii . sengal tol diri ku ini).So x mau cakap banyak2,bahan2 die adalah ....

BAHAN:
150 gm tepung gandum
150 gm gula kastor
1 sdb ovellet
5 biji telor
80 ml air pati pandan(7 helai daun pandan)
80 ml or 2 sdb mentega cair
1 sdt baking powder
sedikit pewarna pandan

CARA-CARANYA:
Campurkan telor,ovellet,gula,tepung,serbuk penaik,pukul hingga kembang dan putih...speed paling tinggi.Kemudian masukkan air pati pandan n sedikit pewarna hijau.pukul hingga adunan betol2 ringan.Tuangkan mentega cair n pukul sedikit lagi.tuang adunan dalam loyang yg siap dialas kertas minyak n di sapu minyak pada dasar loyang SAHAJA.bakar pada suhu 160 c selama 40-45 minit.setelah masak terus keluarkan kek dari oven n telangkupkan atas redai seketika.



Wednesday 9 April 2014

HOMEMADE NUGGET AYAM TEMPURA

Bahan isi nugget ayam tempura
Bahagian dada ayam(ambil isi ayam sahaja-potong kecik2)
Garam secukup rasa
Secubit kecil serbuk lada hitam
Secubit kecil oregano kering(kalau ada)
2 biji bawang besar(potong kecil2)

Bahan kulit nugget ayam tempura
3 sudu tepung gandum(isikan dalam pinggan)
1 biji telur putih(isi dalam pinggan lain)

CARA
1.campur kesemua bahan isi nugget ayam ke dalam blender
2.Kisar hingga lumat dan sebati(tanpa ditambah air)
3.panaskan kuali dan masukkan minyak dengan api kecil
4.Pindahkan isi ayam ke dalam mangkuk bersih
5.Buat bentuk yang anda suka
6.Golekkan ke dalam putih telor dan golekkan ke dalam tepung gandum
7.tukar api kecil ke api sederhana
8.Goreng hingga kekuning-kuningan


Resepi:Oreo Cheese Cake Non Baked Tanpa Telor



Buat masa befday member . Menjadi walau un first try.


Bahan-bahan

Bahan A
24 keping oreo buang krim n di tumbuk halus
50 gm butter cair(ape2 jename)

Bahan B 
500 gm cheese cream(sue gune jename Tantura)
150 gm gula kastor
50 ml air panas(utk larutkan gelatin)
3 sudu kecil gelatin(sue gune serbuk agar-agar)
2 sudu besar jus lemon
50 gm oreo dicincang or ditumbuk halus

Bahan C
200ml whipping cream no diary

Cara-cara

1.Satukan bahan A n gaul rata
2.Griskan pada bawah loyang sahaja n masukan oreo.Ratakan n tekan2 hingga mampat adunan oreo.
3.Bakar pada suhu 180 C selama 10-12 minit bergantung pada oven masing-masing.setelah masak sejukan.
4.Pukul bahan C hingga kental dan ketepikan.
5.Bahan B,Masukkan gelatin ke dalam air panas dan biarkan ia larut.Setelah larut kacau sedikit.
6.Pukul cream cheese dan gula hingga berkrim.masukkan gelatin dan kaup balik hingga rata .
7.Masukkan jus lemon dan oreo.Gaul hingga rata.
8.Satukan whipping cream dan gaul kaup balik hingga semuanya tergaul rata.Jangan sampai adunan cair.
9.Tuang adunan ke atas oreo crush yang telah sejuk tadi.Ratakan dan letak la biskut oreo sebagai deco.
10.Sejukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih.