Pages

Friday 2 December 2016

Resepi: Bebola Ayam Cendawan Rangup

Assalamualaikum dan hye semua :D

Hari ni Sue kongsikan resepi Sue sendiri iaitu bebola ayam cendawan . Nak buat dia simple je , cuma perlu blend je .

Bahan
Isi ayam 2 ketul
cendawan
bawang putih
halia , sangat2 sedikit(tak nak guna pun tak pe)
bawang besar(separuh)
breadcrumb
lada hitam n putih
garam

Cara:
Memula blendkan cendawan , bawang putih , halia , bawang besar n isi ayam , blend tanpa air dan satu2 ye , jangan malas.

Lepas tu campurkan semua bahan yang dah diblend , letak garam , lada hitam dan putih , gaulkan . Masukkan breadcrumb dalam 1 cawan setengah . gaulkan .

Ambil beberapa adunan ayam tu buat bentuk bulat2 , buat smpai habis , saiz bergantung kepada korang ye . Selepas iti goreng sehingga keperangan .

Ni yang sue goreng tadi , masih panas


Sebernanya , cendawan tu korang boleh ganti dengan benda lain. Nak letak sosej ke , cheese ke , nak letak carrot ke boleh je . Dan Sue gunakan breadcrumb sebab breadcrumb tu boleh serap cecair dari ayam tu dan bila goreng rangup. Kalau guna tepung bila goreng dia lembik and rasa tepung . 

Jadi selamat mencuba dan kalau dah cuba boleh comment dia bawah . 

Adioss~~





Wednesday 30 November 2016

Bukan Untukku

Assalamualaikum and hye semua :D

hehe , harini dah masuk 1 December . Pejam celik pejam celik lagi 30 hari dah masuk tahun 2017. Wah , tahun depan dah 2 series. huhu, dah tua dah.

Hari ni Sue nak bercerita tentang lagu fav Sue iaitu >bukan untukku< by Hyper Act. yippee ,, masa first dengar tu pun dah jatuh hati , best kot . Ayat dia tu fuhhh mendalam kot ,, hyper act you killing me man .

Lirik lagu tu mmg macam ada kena mengena dengan Sue lah,, terasa kott. Fav part Sue bahagian verse dia , suka melody lagu ni and kecik nyanyi lagu ni pun lembut je mellow.


Mv dia pun sedih je,, cuz Sue pun pernah rasa apa yang perempuan tu rasa. Bayangkan korang tengah patah hati , heart broken , but bila korang dengan orang ramai korang akan berlakon macam tak de pape , nothing happen , im happy here. But bila korang sorang2 rasa macam arghh, go away , kenapa ramai sangat nak menyibuk ni, im lonely here, tak de orang faham kita, akhirnya kita tersedar buat apa kita nak tunggu orang yang dah buang kita kan, and tersedar dia bukan untuk kita , huhu sendu~~ (T▽T)

And lagu ni hampir Sue dengar tau , lepak dekat bilik , basuh kain , sidai kain , masak , vakum rumah semua lah buat apa2 pun mesti akan pasang lagu ni. Part paling sendu lagu ni lirik akhir dia , memang terkena dekat batang hidung sendiri, good job Hyper Act (T_T)

Kecik nyanyi pun lembut je dalam lagu ni, lagu ni easy listening and tak berat sangat , means senang hadam lah , hahah. Feel lagu ni pun sampai lah ke hati, huhu. And im really greatful lirik lagu ni tak berulang2 . Maksudnya lirik dia tu bukan sama je , kebanyakkan lagu sekarang lirik dia berulang2 , so bila dengar dah bosan , nak main gitar pun bosan . so thumb up. 

Anyway, semoga Hyper Act success and dapat lagi menghasilkan lagi karya2 yang mantap and akan diingati oleh orang ramai. yeahhh !!!! 

*thumbs up*

So itu je , this is just my humble opinian. 
Adiooss~~

Lirik Lagu Bukan Untukku - Hyper Act


Malam ku tak berbintang
Siang ku hanya berlari-lari
Apakah tanda mengenalimu
Sekadar mimpi

Jari ku sentuh
Dingin ku rasai
Kosong tiada makna
Diamnya tak berkata

Hanya aku yang tak pernah
Mengejar kejora kau janji bersama
Walau dirimu berharga tidak kau bahagia
Jika ku bersama denganmu

Tanpa sayap cintamu
Tak akan ku terbang setinggi ini
Ku tuju langit cerah
Rupanya kelam kabus menanti

Percaya kasih ku cuba sedaya
Namun tiada beza
Biar ku undurkan diri

Hanya aku yang tak pernah
Mengejar kejora kau janji bersama
Walau dirimu berharga tidak kau bahagia
Jika ku bersama denganmu

Hanya aku yang tak pernah
Mengejar kejora kau janji bersama
Walau dirimu berharga tidak kau bahagia
Jika ku bersama denganmu

Mungkin kecewa mencari
Gelapnya berteman ku rindu selama
Namun harus ku mengerti kiranya kau di sisi
Cintamu bukannya untukku



Tamatnya tingkatan 6

Assalamualaikum and hye semua :D

Setelah 1 tahun 8 bulan , akhirnya tamat juga tingkatan 6 . Tak percaya tau T_T
Walaupun form 6 ni dekat sekolah tapi percayalah form 6 ni bukan mcm form 5 , walaupun dia ada perkataan form dekat situ. lain sangat . And time ni lah orang masa form 5 yang tak study giler2 jadi study giler2 .

Semalam last paper ,,, tapi yang tak bestnya kitorg ambil exam dkt kelas bukan dlm dewan sbb budak spm kan . so tak de lah dengar ketua pegawas bagi ucapan . takde lah feeling2 dah habis form 6.

Petang semalam ada lah buat bbq untuk budak form 6 tapi 24 orang je datang . yang lain tak join sbb ada event sendiri . Walaupun planning last minit tapi semua orang enjoy.

hehe




Kenangan di form 6 akan ku ingati sampai bila2 . Ada suka duka , pahit manis . walaupun masa mula2 tak ingin pun nak masuk form 6 tu .


Happy je senua orang
And malam tu semua jahat memasing , tolak2 orang masuk laut malam2 , ahahah . tak pe lah lepas ni dah tak de dah , masin2 buat haluan sendiri . Sue n dhiy pulak sibuk menyanyi main gitar . hahah . 

dari kiri paling depan:nizam, daus, hasna, umi,dhiy

nyumm nyumm
Jadi disini Sue nak ucapkan terima kasih kepada guru2 yang mengajar Sue Cik siti , pn.laila, pn zalifah, pn.ruby, pn.rumini, pn.roshida , pn.roslina, pn.rebiah dan jugak guru2 PERTINA pn.rohanie dan pn.saliza . Tak lupa juga kawan2 yang banyak membantu dari sem 1 hingga sem 3 lebih2 lagi kelas PP UMS 2 , kawan2 rapat Dhiyy , Nazri , Umi , Hasna , Haidir , Jufri , Syafik. Geng bola jaring , hehe . Terima kasih semua sebab beri satu kenangan yang akan Sue ingat sampai bila2 . 

Cinta kita di pantai Nelayan ( ^0^)θ~♪
Hehehe , ok lah .. Adioss~~

Lirik Lagu Cinta Pantai Merdeka - Jinbara

Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Di dalam ingatanku
Masih segar terasa

Terkadang aku sama
Mengatur bunga cinta
Keadaan memaksa
Kita terpisah jua

Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan

( Korus )
Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! Indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

( 1 )
Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka

( solo )

( ulang 1 & korus )




Monday 28 November 2016

Esok exam woiii

Assalamualaikum and hye semua

Mata ni mengantok je ,, dah tak boleh nak bukak dah hah . Esok ada exam sejarah 2 . Time2 ni lah nak menyesal kenapalah aku ambil Sejarah. Padahal mmg tak de pilihan , memang kena ambil pun(*-_-)

Sejarah 2 ni pasal sejarah Islam ,, nasib masa form 5 dah belajar, itu pun ingat2 lupa.hahah ,, nanti nak kena bangun pukul 3. Selama Sue hidup ,, tak penah2 lah study smpai bangun pukul 3 pagi(╥﹏╥) Nasib lah labu , dah kena bangun pagi tu bangun lah . Nak menangis pun takde guna. Sape suro kau study last minit.

sejarah oh sejarah


Okay lah , Sue pun nak tido. Mata dah rabak. Memang betol lah orang kata, sape2 yang tak boleh tido ke ada insomnia ke boleh baca buku sekarah. Insyallah boleh tido.¯\_(ツ)_/¯
Adiooos~~(∪。∪)。。。zzZ

Terhutang budi kau temankan ,, tapi sedap betol kau tido ye T_T



Sunday 27 November 2016

Gadis Gitar

Assalamualaikum and hye semua :D

Bila tengok je tajuk ,,, rasa macam poyo giler kau haha . Alahhh ,, takpe saja nak bagi gempak tajuk entri bagi korang baca , padahal tak de pape pun . haha .

Sebernanya Sue ni ada lah gak bakat dalam alat muzik ni , senang cakap boleh lah main alat muzik ni ,, main ada lah jugak keluar bunyi lagu tu . haha ,,, alat muzik yang Sue main gitar . ofcuz kalau tanya nak main alat muzik apa mesti korang akan cakap gitar . why gitar??? ada apa dengan gitar ?? kenapa tak cakap nak main seruling ke , piano ke , marakas ke , harmonika ke ??

Jadi Sue pun buat lah analisis demografi cehhh cehh , ahha . Mungkin ramai yang lebih memilih nak belajar gitar sebab gitar ni cool kot , dengan bentuk dia and ada macam2 warna yang menarik berbanding dengan alat muzik yang lain . Mungkin juga kita dah selalu nampak orang main gitar sampai rasa macam wow bestnye , aku pun nak belajar jugak .

So start lah beli gitar ,, tengok kord dekat intenet . Mula2 excited nak belajar last2 hampehh , gitar tu di biarkan berhabuk sampai berkarat tali gitar tu . Nak belajar main gitar ni pun kena komitmen , apa  korang ingat hubungan cinta je ada komitmen , haha . Sue cakap ni sebab nak belajar gitar kena selalu praktis kena ingat kord , jari pulak kena praktis time nak tukar kord , kena belajar strum ikut rentak. Kalau ada girl2 yang minat nak belajar main gitar ni tak boleh bela kuku panjang , jari jadi tak cantik , jadi kematu asyik tekan tali gitar je .

gigih giler time ni belajar , salin satu2 kord dalam buku nota

Sue belajar ni untuk hafal kord je ambil masa selama 1 minggu , praktis jari tukar kord laju n belajar strum ambil masa 1 bulan . Tapi still Sue masih lagi amatur walaupun dah main gitar 1 tahun setengah. Nak belajar plucking n baca tabs T_T

Sue start minat main gitar ni masa tengok kawan main gitar time buat gimik merdeka ,, time tu Sue nyanyi lagu >Bahtera Merdeka< . So beli lah gitar Santa Cruz , untuk belajar . Gitar ni pun pendek je fret board dia , tali dia pun tak de lah jauh sangat dari fret board tu so takyah lah kena tekan kuat sangat . So nak buat kord C pun senang ,, almaklum lah time tu jari still keras .

gitar Sue , Santa Cruz

Sayang giler kot dengan gitar ni , banyak berjasa di saat susah dan senang . Gitar ni macam pakwe Sue lah ,, sentiasa ada di sisi.

Tengok ada nama Sue . Biersack tu nama penyanyi kumpulan Black Viel Bride . Dulu stok lagu scremo, metal , post-hardcore .

okey lah , ni jela Sue nak bercerita ,,, Entri Sue akan berakhir dengan lagu yang Sue first belajar main gitar .

Adiosss~~

Ni sekecik ni pun sibuk gak dekat sini =_="

Ainan Tasneem - Aku Suka Dia


Tunning: Capo On 1 Intro: D A Em G D A Aku lihat dia di sana Em Aku ingin mendekatinya G Aku cuba mengampirinya D Lalu aku menyapa dia D A Dia pun membuka bicara Em Dan aku mulai mengenalnya G Kita mulai bermain mata D Mula timbul rasa bahagia Chorus : D A Em Bila dia, mendekati diriku, G D Hatiku rasa sesuatu D A Em Bila dia, senyum pada diriku G D Hatiku rasa tak menentu D A Em G D A Kekadang hati ku bertanya Em Adakah dia dah berpunya G Kerana diriku berasa D Aku jatuh hati padanya D A Aku ingin memilikinya Em Aku ingin menjaga dia G Aku ingin mencinta dia D Aku ingin hidup dengannya Chorus: D A Em Bila dia, mendekati diriku, G D Hatiku rasa sesuatu D A Em Bila dia, senyum pada diriku G D Hatiku rasa tak menentu D A Em Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya G D Untuk meluahkan rasa D A Em Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja G D Menunggu cinta darinya D A Em G Bridge : D A Em Ku terima satu nota..darimu.. G D Yang tertulis 'Aku suka kamu' Back To Chorus D A Em Akhirnya kini, ku kan mampu ceria G D Diriku sangat gembira D A Em Akhirnya kini, aku mulai bahagia, G D Menerima cinta darinya.. D A Em Owh owh... G D Aku suka dia...

Saturday 26 November 2016

Sarapan di Pantai Cahaya Negeri

Assalamualaikum and hye semua :D

Pagi tadi dalam pukul 10 macam tu ,,, Sue keluar kejap dengan kawan . Saja je ,, luangkan masa bersama ,, hahaha .. So Sue dengan kawan Sue , Dhiyy plan nak lepak kejap dekat Pantai Cahaya Negeri aka PCN.

So kitorg pergi 7E beli sarapan ,, hahaha , sarapan beli dekat 7E je wei. Simple2 je.
bubur instant dengan susu je .. haha

N then kitorg pergi Pulau burung ,, yeahhh!! hahaha ,,, Sue suka tempat ni sebab tempat ni sejuk je and tak panas . Pulau Burung ni dikelilingi dengan pokok bakau ,,, air dia pun tak kotor ,, jernih je sejuk pulak tu . Pulau Burung ni merupakan tempat utk pembiakan pokok bakau ,,, kalau korang datang ke pulau burung tu korang semua akan nampak anak pokok bakau .
Tau tak pokok ni banyak kepentingan dia antaranya seperti:
Ni pulau burung , belakang tu semua pokok paya bakau
  • akar pokok bakau ni merupakan habitat untuk kehidupan laut seperti ikan n ketam
  • pokok bakau ni jugak dapat menghalang terjadinya tsunami n dapat menghalang angin kencang
ok , korang nanti jangan buang sampah merata2 , smpai hanyut pergi ke pokok2 ni. Sampah2 ni boleh menyebabkan flora n fauna kita rosak tau . Macam masa Sye pergi kg Dhiyy ni , jumpa spesis penyu ni mati ,, maybe dia termakan sampah . T_T
Jadi marilah kita menjaga alam persekitaran kita
hehehe ,, adios~








Kenapa saya minat Kecik Hyper Act


Assalamualaikum and hye semua :D

Kenapa saya minat Kecik Hyper Act ???
ok ,,,Sue akan cerita dari mula iaitu bila start minat and kenapa. ok jom kita terjahhhh , zassss~~

Bermulanya minat kecik hyper act
Pada suatu hari yang hening , burung-burung pun berkicauan. hahah ,, ok ok ,, masa memula dengar lagu >takkan pergi< Sue macam wow lagu ni best ni ,, mula je penyanyi dia nyanyi lagu ni bulu roma Sue dah naik ,,, and bila dengar lagu >takkan pergi< Sue dapat rasa soul , jiwa dalam lagu ni . Sue ni jenis kalau nak tau lagu tu ada soul or tak tengok lagu tu boleh tak buat Sue rasa gelisah lain macam , ahha . Time tu memang ada dengar cerita yang vokalis hyper act ni dah tukar orang. Tapi Sue tak de lah nak ambil tahu sangat sape kan. Just suka dengar lagu >takkan pergi<

Start minat Kecik Hyper Act
Ada masa hari apa tah ,, member2 Sue semua ajak pergi karok, n Sue join je. Then ada member Sue ni ambil lagu >takkan pergi<. Ni first time tengok mv dia ni. Masa tengok mv dia ni ,, "eh ,, dia ke vokalis baru Hyper Act ,, eh eh kenapa macam perempuan , eh eh kenapa pendek(ok tu hanya gurauan je ,, pendek sweet apa ,, aumm ;p) 

Then start tulah Sue minat Kecik Hyper Act ni. Yeahhh!! Start tu jugak lagu >takkan pergi< dah jadi lagu wajib kalau pergi karok. Part best lagu ni yang last skali tu ,, seriouslyy best giler kot. I like ;) 

haha , adehhh

Kenapa saya minat Kecik Hyper Act ??
  • Sue suka dengar suara dia ,, bila dia tarik tu perghhh ,,, 
  • Bila dia nyanyi tu kan dia ada eksperesi muka ,, hahah menarik , jarang tau tengok penyanyi buat muka kalau time nyanyi semua maintain senyum je .
  • Ada satu hari tu ,, Sue try lah cari cover lagu kejoraku bersatu ,,, then ternampak pulak kecik buat cover lagu tu ,,, Sue tengok ,, wow tinggi kot lagu tu and dia nyanyi lagu tu best kottt , melting aiii ,,, ni membuat double minat dia ,, huwahuwaa .
  • Sue ni jenis suka dengar lagu yang ada jiwa . Sue boleh rasa lagu tu sampai hati berdebar2 dengar lagu tu , and sekarang susah nak dengar lagu macam tu sekarang. Jadi Sue minat Kecik di sebabkan lagu juga.
  • Kecik nyanyi ada feel. Sue boleh rasa feel tu. 
  • Sue tengok Kecik ni macam seorg yang kelakar . Hahaha ,,, karakter dia playful ,, hehe , Sue minat lelaki macam ni ,, eeh eeh
Okay ,, and Sue ada dengar lagu baru Hyper Act tajuk dia >bukan untukku< . Lagu tu pun boleh tahan best .

Gambar2 ni diambil dari Pak cik google.huhu T_T
 Entri akan berakhir dengan lirik lagu
Adios~~
nota kaki: masa annual dinner form 6 nak bawak lagu >takkan pergi< but tak jadi . nyanyi lagu >jangan marah< >this is me< and >jomblo happy<

Lirik Lagu Takkan Pergi - Hyper Act


Hari ku yang pergi, hilang ku mencari
Gelora cinta kau bawa datang kembali
Rindu ku tak sudah, kelam dalam sedar
Mungkin ku menanti sepi hangat yang hadir
Kenangan bagai mengejar mentari
Terbakar debunga kasturi
Apakah tandanya yang tersembunyi
Dibalik rahsia semalam

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi

Mungkin sebenarnya ruang tu tiada
Mengisi kasih nan pilu sebentar cuma
Kenangan bagai mengejar mentari
Terbakar debunga kasturi
Apakah tandanya yang tersembunyi
Dibalik rahsia semalam

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi

Terima cinta ku merindu kecewa
Bisikan indah maya itu seketika
Airmata ini mengalir tersendiri
Moga kelam resah ku kan berlalu pergi




Chicken Creamy Soup bajet

Assalamualaikum and hye semua :D

Sue suka bebenor dengan creamy sup ni . Tak kisah lah dia ayam ke cendawan ke , brokoli ke , kentang ke semua Sue suka .

Pagi tadi tetiba teringin nak makan creamy sup ni ,, tapi barang dapur belum beli lagi ,, so Sue pun pikir lah cmne ea nak masak . Dan solution nya ,,, tadaaa Sue guna susu cair ,,, susu gak tu ,, haha . Jom kita tengok bahan2 dia . Terjahhhh~~ haha

Bahan-bahan(sukatan ikut banyak mana nak guna ye)
Susu cair
Isi ayam
minyak
kuib pati ayam
bawang besar
bawang putih
air
black paper
lada sulah
serbuk cili*optinal kalau nak pedas
tepung gandum

Cara-cara
Firstly ,, bawang besar dengan bawang putih tu di blendkan tanpa letak air ye , kalau rasa susah nak hancur tu boleh letak air sikit lps tu tapis ambil bawang dia je , air dia buang . okay , ayam potong kecil2 ye ,, tapi jangan sampai kecik sangat smpai tak rasa ayam dia .

okay dah siap siang semua bahan tu ,, panaskan minyak , masukkan bawang yg dah blend tu , tumis sampai naik bau ,, n then masukkan ayam ,, dan serbuk cili , masak ayam tu agak2 dah tukar warna , masukkan pula tepung ni agak2 nak pekat mcm mana , so gaul cepat jangan smpai hangit . lepas tu masukkan susu cair tadi .

make sure susu tu jangan smpai mendidih ... masukkan kuib pati ayam , black paper, lada sulah , garam , agak2 dah puas hati boleh di hidang kan .

ni yang sue buat pagi tadi ,, ngee , letak crabstick

sup ni boleh dipelbagaikan , nak letak apa2 pun letak lah asalkan jangan letak selipar . hahah. kalau rasa nak letak kentang ,,, korang boleh rebus dulu kentang tu lps tu blend kan smpai jadi puri , mcm makanan baby tu . letak masa nak tumis tu , sama jugak mcm brokoli n carrot n tomato n sayur apa2 je yg keras tu . korang boleh letak cendawan ,, sup ni sesuai utk mak2 yang nak ajar anak makan sayur , blend je cuma warna je berubah ,, dia tau ada ayam je tak tau ada sayur tu , kuangkuangkuang. :p

note kaki: masa nak kacau tu better kacau guna whisk supaya tepung dlm sup tu tak bergentel . hehehe betul ke bergentel ??

selamat mencuba kawan2 ,, sape yang dah cuba tu boleh lah komen . hehe
adios~~ 
#slalu berakhir dngn lirik lagu , tapi kali ni tidok

Friday 25 November 2016

Redha dengan ketentuannya : )

Assalamualaikum and hye semua : )

Semua yang baca blog Sue ni sihat2 je ke ?? hehe ,, dah dua hari Sue tak sihat ni akibat daripada makan ais krim . kehkehkeh ..

Dan seperti yang tertulis di tajuk , dah beberapa hari ni macam2 yang berlaku pada Sue . Lagi2 time exam ni , mencabar betul ,, kena fikir positif tak boleh nak fikir negatif .

Apa yang berlaku ni semua di sebabkan Sue . Benda ni takkan jadi kalau bukan sebab Sue . Sue yang terlalu emosi . Tak kawal emosi . T_T huwaaaa

Tapi Sue redha apa yang terjadi . Allah tu takkan saja2 bagi kita ujian , and sebelum dia bagi kita sesuatu ujian tu dah tengok dah kita ni boleh ke hadapi ujian yang Allah akan bagi . Apa yang jadi ni mesti ada hikmahnya . Hanya bersangka baik dengan perancangan Allah .

-
Kalau Allah dah takdirkan kita untuk berkenalan sampai sini je , aku redha . Siapa kita nak tolak takdir Allah . Macam mana kita rancang , baik mana pun hubungan kita kalau Allah nak benda tu jadi , terjadi jugak . Aku redha bukan sebab aku give up , penakut tapi aku sedar . Andai jodoh , tak kemana ,, jika berjodoh moga kita bertemu lagi ,, jika tidak berjodoh semoga bahagia bersama dia . 
Entri Sue berakhir dengan lirik lagu ni 

Biarkan Sejoli - Tomok

Sukarnya
melepaskan cinta ini
setelah hati ini
kau miliki
ternyata hanya mimpi
kau buang aku ketepi
oh mengapa
kau biar begini sahaja

mungkin ada penganti mu ku temui
yang tahu menghargai cinta ini
satu hari kau kan rasa
betapa sakit nya
hati yang kau luka
kau biar begitu sahaja

biar aku pergi bawa diri
memujuk hati ku
membiarkan rindu
semua kerna

hati ini
sedikit pun tak bererti
kepada mu
yang memang aku cintai

tak ku sangka
ku hanya mengharap yang tiada
dalam jiwa

biarkan aku pergi bawa hati
biar ku sendiri

mungkin ada penganti mu ku temui
yang tahu menghargai cinta ini
satu hari kau kan rasa
betapa sakit nya
hati yang kau luka
kau biar begitu sahaja


Sunday 20 November 2016

Kenapa dengan aku , haha

Assalamualaikum and hye semua , dah lama Sue tak menaip dah . orang busy kan , busy dengan STPM peperiksaan paling susah di Asia Tenggara . Lagi 2 minggu Sue dah habis Stpm . Yeahhhh

Hari ni Sue tak tau kenapa rasa macam bahagia je rasa , macam di sayangi . padahal tak de pakwe pun , hahah . Ni mesti penangan lagu kejoraku bersatu ni . Lagu ni romantic lah , haha . Lagu ni kan seolah2 macam untuk Sue , hahah , konon2 ada orang nyanyi untuk Sue , hhah , berangan je keje dia ni . hahah ,, tapi ye apa salahnya , waaa hahah .

okey lah ,, jam pun dah pukul 12.30 , time tu tidur , esok kena bangun awal , ada exam sejarah , mati makkkk . hahah .
bye2 , adios~~

search - kejoraku bersatu

dirimu persis bintang terbit dari langit 
bukanlah mimpi-mimpiku 
di sini telah datang sayang paling dalam 
bawaku pulang berteman pelangi 

kamar hati ku hiasi 
biar cantik biar baru 
semuanya keranamu 
oh yang lemah kini gagah 
asal buruk jadi indah 
kerana sentuhan cintamu

ku susun langkah melayarkan hari indah 
bersamamu 

lilin diri takkan padam 
seandainya engkau adalah sumbunya 
kaulah puteri ku dambakan 
bidadari syurga jelmaan dunia 

akan ku jaga 
seluruh jiwaku 
biarlah karam berdua 
asal kau tak terlepas 
dari genggaman ku 
biar ku lamar 
sahih dirimu 
menjadi ratu 
beradu dalam pelukan ku 
kejoraku bersatu 

kamar hati ku hiasi 
biar cantik biar baru 
semuanya keranamu 
oh yang lemah kini gagah 
asal buruk jadi indah 
kerana sentuhan cintamu

ku susun langkah melayarkan hari indah 
bersamamu 

lilin diri takkan padam 
seandainya engkau adalah sumbunya 
kaulah puteri ku dambakan 
bidadari syurga jelmaan dunia 

akan ku jaga 
seluruh jiwaku 
biarlah karam berdua 
asal kau tak terlepas 
dari genggaman ku 
biar ku lamar 
sahih dirimu 
menjadi ratu 
beradu dalam pelukan ku 
kejoraku bersatu 

akan ku jaga 
seluruh jiwaku 
biarlah karam berdua 
asal kau tak terlepas 
dari genggaman ku 
biar ku lamar 
sahih dirimu 
menjadi ratu 
beradu dalam pelukan ku 
kejoraku bersatu 

Friday 11 November 2016

Salahkah Aku ???

Salahkah aku , adakah aku yang salah , kenapa , kenapa ??? Kenapa hal sekecil ini kau buat aku macam ni . Aku hanya jawab apa yang kau tanya , salah kah aku ??? Adakah aku tidak jujur pada kau ,,, bukankah aku sudah jawab soalan kau ... Jawapan apa yang kau mahu ??? Jawapan apa yang kau mahu dengar dari mulut aku ???


Sunday 18 September 2016

Kenapa Kita Berjumpa

Assalamualaikum dan hai semua , lagi 3 bulan Sue dah nak habis form 6 . huhu , sedihnya , nak tinggalkan kawan2 kelas .

Masa masuk form 6 , sue di takdirkan untuk kenal seseorg ni yg bernama A (bukan nama sebenar) . Ada suka dan duka , dugaan demi dugaan . Tapi walaupun gaduh besar n hampir seminggu juga tak bertegur last2 tegur balik . Macam2 kenangan bersama , lepak sama2 , karok sama2 , belajar sama2 . Susah senang sama2 . Bila dia susah Sue tolong , bila Sue susah dia tolong . lama2 perasaan ni berubah jadi sayang , jadi suka . Tapi tak bermakna perasaan Sue ni menjejaskan hubungan kitorg sbgai kawan . Sue pun tak minta dia terima Sue . cukup dia tahu Sue suka dia dah cukup bagi Sue . tapi dugaan makin lama makin besar . Dalam berkawan of cuz lah , kekadang dia cerita pasal perempuan tu perempuan ni sakit hati . sakit hati giler2 . tapi nak buat cm ne dah kawan baik dngn Sue lah dia bercerita . Perempuan suka dia lah apalah , yang pelik apa yg org suka dia tak tau lah , bukan handsome pun (elehhh kau pun suka dia :p)

Tapi Sue pelik kenapa Sue d takdirkan utk berjumpa dngn dia , utk kenal dngn dia . N sue tertanya2 adakah lelaki yang sue mimpi tu dia ?? tapi ciri dkt laki dlm mimpi tu ada . n sejak akhir2 ni mimpi Sue makin pelik lah pasal dia . hahah , tak nak cerita apa mimpi dia , malu . haha . Persoalan Sue ni masih tdk ada jawapannya . mungkin satu hari dpt jawapan , sama ada dia hanya dtg menyinggah atau selamanya . hmm hmm .
Lagi pula dia ckp , dia mungkin tahun depan tak de dkt sini . Sue diam saje . Dia boleh ckp Sue tak sedih ke dia dah tak de dkt sini , tak jumpa dah . huhu , andai lah hati boleh berbicara , dia akan ckp semua yg ada dalam hati sue . Sedih , siapa kata tak sedih . Cuma tak tunjuk je . takkan nak tunjuk dpn2 malulah .. Just minta dia tak lupakan Sue sudah . N dia ckp dia nak mohon U sama2 dngn Sue , swasta pun jadilah sbb boleh jumpa .haha ... tapi kita hanya mampu merancang , Allah yang menentukan . Bila Sue cerita2 semua ni , rasa sayu je , rasa sedih je . tak tahu kenapa .. lagi 2 bulan habis form 6 . masing2 nanti dah bawa haluan masing2 .
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu rinduan .

ok lah , esok nak sekolah , nanti mengantuk , hah lagi 2 bulan lagi ..

Tuesday 14 June 2016

PP UMS 2

Assalamualaikum and hye semua,

semua sihat ke ?? dah masuk puasa ke 9 dah . Dah seminggu berlalu ,, lagi 3 minggu nak raya .

Hari ni baru je ada photography kelas dekat sekolah . So semalam semua dah berpakat pakai baju seragam . Tema kitorg hari ni biru pink . heheh .

heheh ,, tengok ni gambar formal .

ni pulak gambar tak formal 

hahah ,, cikgu siti comel je wei ... cikgu siti sentiasa comel .
lagi 6 bulan kitorg akan menempuh sem 3 ,, lepas tu memasing mesti dah ikut haluan masing2 . Walaupun baru je berkenalan selama 1 tahun setengah ,, tapi feeling hubungan macam dah 20 tahun .

nama kelas Musytari aka PP UMS 2 akan sentiasa diingati dan dikenang . Kawan2 yang bersama2 menempuh STPM tidak akan penah dilupa . 

Monday 13 June 2016

sahabat ku part 2

Ni sambungan dari entri lepas . Seterusnya my precious kedua ,, hahaaha  , budak ni . Dkt bawah ni hah .

haha ,, dia ni buat Sue happy je wei ,, Nama dia Mohd Nazri b Basri . Sue panggil dia Nazri je . haha . Dia ni kelakar lah org nye . Mata sepet , kalau dah gelak tu mata macam dah tutup mata . hahah .

Dia ni baik orangnya ,, Sue tau kisah silam dia . I know but hey past is past . Just pandang ke depan and not look back . Biarlah orang ckp apa pasal kita , janji kita tau diri kita mcm mana sekarang . (eh , mcm lari tajuk je)

Dalam banyak kawan yang sue jumpa , dia ni lain dari kawan Sue . Senang cerita Sue tak penah ada kawan mcm dia ni . Masa first time Sue kenal pun , dia ni tau sue ni mcm mana . woah ,, creepy giler wei . Kawan lain tak penah ckp camtu . So sejak tu Sue ckp dlm diri , sue kena jadi kawan dia . Lagi pelik ,, kalau dia dekat dengan Sue , sue boleh rasakan aura menakutkan dari dia ni . mmg scary giler lah ... tak tau kenapa . tapi itu dulu , sekarang . . . tak ada rasa aura menakutkan tu dah . maybe sbb dah kenalkan .

Lagi sue sedar yang dia ni kadang2 personaliti dia ni boleh berubah2 . Bila dekat sekolah lain , dalam whatsapp lain , dekat luar bila lepak pun lain . Ke perasaan sue je ni ,, ekkkkk .. hahah . 
Lagi Sue suka pasal dia ni , dia ni mcm motivater Sue tau . okaylah ,  Sue mengaku yang Sue ni jenis bila benda dah terlampau Sue tak boleh handel ,, Sue jadi stress , bila stress otak dah fikir lain ,, bila dah fikir lain pendam perasaan , bila dah pendam perasaan mula jiwa kacau . so dia ni lah bagi kata2 semangat . haha ,, rasa nak menangis je ni .. mengenangkan benda2 yang dah lepas T_T

Tapi an ayat dia ni kekadang sinis gak wei . Kekadang hati sakit gak ni . Sesuka hati je ckp mcm tak ada perasaan . Sue ni lah dok tahan air mata ni hah . Tapi apa dia ckp tu betul lah . Sue ni jenis nak kena desak2 dulu baru buat ,, tapi kalau dah buat tu , buat betul2 lah . tak ada main2 . Tapi tu lah , cara Sue kawan dengan dia ni banyak kan bersabar jela . Kalau org lain ni mmg dah angkat kaki dah tu . 

Then dia ni hah kelakar ,, hahahhaha ,, kekadang tu ada lawak tu tak boleh blah betul . Dah lah Sue ni jenis suka ketawa . Lagi kelakar tu dia ckp cara korea ckp uh . kan  kalau cite korea kan , kalau cakap memula nada rendah lepas tu nada tinggi . hahaha , tak boleh blah wei ,, dah lah mata sepet . hahaahahah . lepas tu nak jadi macam ajak shiro . nak masuk raja lawak . hahah . kau pergi mana2 pun aku sokong kau . tapi buat keje tak senonoh mmg tak lah . 

Sue suka gambar ni . hahaah ,, di mata aku kau ni dah kacak dah wei ..Sue ni banyak luah perasaan dekat dia ni , tak puas hati ke hapa ke dengan dia ni lah . Sbb tu Sue ckp dkt entri2 yg lepas Sue ni paling rapat dengan dia ni . Kawan lain mana ada Sue cite apa , except Dhiy lah . Kekadang ada benda tak cite dekat Dhiy ni . Lebih prefer shut myself ,, tapi dengan dia ni rasa nak cite semua . Kesakitan yang ku pendam selama ni , hingga meninggalkan luka yang amat dalam di lubuk hati ni . perhhh ,, ayat ... aduhh ,,, rasa nak nangis pulak . tahan2 puasa . T_T

hahaha ,,, fuhhh banyak Sue mengomel dekat sini . Banyak betul benda nak describe pasal dia ni . So bagi Sue dia ni kawan tak bukan kawan sahabat paling best the best giler2 . 


baru lepas potong rambut tu ,,, kacak je wei ...

toodless