Pages

Monday 21 April 2014

Cara Buat Masker Muka Sendiri

ASSALAMUALAIKUM...

HYE SUME...:D


DI MALAM YANG SEJUK N MENENANGKAN NIE TETIBE MENDAPAT IDEA NAK MENGPOST PASAL CARA NAK BUAT MASKER MUKA BUATAN SENDIRI....SUE DE MENTERAI SATU MASKER MUKA GUNA KULIT OREN KERING.SO SAMBIL NK TUNGGU MASKER UH KERING KAT MUKA TIDO SKEJAP.N RESULT DIE 3 ARI MUKE SUE LEMBUT,GEBU,N DAPAT MENGHILANGKAN BLACK HEAD...SO SUE DE SEARCH 'MR GOOGLE'MASKER BUATAN SENDIRI...ANTARA MASKER YANG SUE DAPAT JUMPE IALAH....





1.MASKER STRAWBERRY YOGURT



Enam biji strawberi segar (dilecekkan) 
Satu sudu makan yogurt asli (tanpa perisa) 

Dimulakan dengan membasuh enam biji buah strawberi tadi. Kemudian gunakan garfu untuk melecek buah tadi di dalam sebuah mangkuk sehingga hancur. Masukkan campuran yogurt dan kacau hingga sebati. Selepas kedua-dua campuran yang diadun sebati menjadi adunan kental dan melekit, letakkan ia di wajah anda. Tinggalkan masker tadi di wajah anda selama 20 minit kemudian bilas dengan air sejuk. 


2.MASKER TELUR DAN AVOKADO



Satu biji telur (Ambil putih telur sahaja, kuning simpan buat sarapan. Jangan membazir ya!) 
Setengah biji avokado
Satu sudu makan perahan limau

Sekiranya anda inginkan kulit wajah yang halus, lembut dan tidak kering, maka buatlah masker wajah berstektur lembut yang dapat membantu anda menghapuskan kilauan dan menambah kelembutan. Bermula dengan putih telur yang dipukul di dalam mangkuk sehingga kembang. Kemudian cincang atau lecekkan buah avokado tadi sehingga lumat dan lembut. Tuang putih telur, avokado dan satu sudu perahan limau tadi ke dalam pengisar. Kisar campuran tadi sehingga ia menjadi pes dan letakkan ke wajah anda. Biarkan ia selama lima minit kemudian bilas dengan air sejuk.  


3.MASKER OAT


Sebiji timun
Dua sudu makan yogurt asli
Setengah cawan empingan oat

Sekiranya anda jenis yang tidak suka bahan kimia di dalam skrab, pengelupasan tetapi ingin menghalang bintik hitam dan bintik putih daripada 'menghiasi' wajah anda, gunalah masker yang menenangkan ini. Untuk membuatnya, anda perlu menghiris timun tadi dan kisar ia. Masukkan yogurt dan empingan oat yang telah disukat tadi. Sebaik saja campuran tadi menjadi pes, oleskan ia di wajah dan biar sehingga 10 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Untuk hasil lebih efektif, pakai penyegar (daripada produk bebas kimia) khusus untuk kulit sensitif selepas pemakaian masker ini. 

4.MASKER EPAL MADU


Sebiji buah epal
Tiga sudu makan madu

Kepada sesiapa yang ingin mengetatkan atau mengecilkan liang roma di wajah, masker epal madu ini adalah pilihan yang tepat! Anda boleh membuatnya dengan menghiris nipis epal segar yang telah dikupas kulitnya kemudian kisar bersama tiga sudu makan madu menggunakan mesin pengisar sehingga ia menjadi pes. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan ia selama 15 minit. Bilas campuran tadi dengan air sejuk dan nikmati kulit wajah yang tegang dan halus! 

5.MASKER SODA PENAIK



Kepada yang 'menderita' serangan bintik hitam patut menggunakan 'resipi' ini. Masker serba mudah ini boleh dibuat dengan hanya menggunakan soda penaik dan air. Campurkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes tebal dan pakaikan di wajah anda. Kemudian urut perlahan dan lembut pes tadi di wajah dan biarkan ia selama 10 minit. Kemudia bilas dengan air seju

6.MASKER PUTIH TELUR




KHASIAT PUTIH TELUR:

Menegangkan kulit muka
Mengecilkan pori-pori di muka
Menyingkirkan lebihan minyak di muka
Dapat mengatasi masalah kulit seperti blackhead, whitehead



CARA PAKAI MASKER:
Asingkan putih telur dengan kuning telur (ambil putih je taw)
Kacau telur sampai berbuih sikit je ye.
Cuci muka bagi bersih dulu dengan pencuci muka. Lepastu wapkan muka dengan air panas atau sapukan muka dengan kain yang direndam dengan air panas. Kalau agak-agak malas nak wapkan, cuci je muka dengan air suam. (Tujuan untuk bukak pori muka yang tersumbat)
Then, bolehlah sapukan rata putih telur tu ke muka dan biarkan kering.
Setelah kering, cuci muka dengan air sejuk.(Tujuan untuk tutupkan balik pori muka)
Boleh lakukan sekali seminggu.


Kalau nak buang whitehead atau blackhead boleh pakai tisu atau kapas muka. Cara mudah je. Cuma sapukan putih telur kat tempat yang kita nak buang whitehead atau blackhead tu, letak tisu atau kapas muka kat tempat tu, then sapukan lagi putih telur atas tisu tu. Tunggu sampai kering, lepas tu boleh cuci bersih.









No comments:

Post a Comment