Pages

Tuesday 14 June 2016

PP UMS 2

Assalamualaikum and hye semua,

semua sihat ke ?? dah masuk puasa ke 9 dah . Dah seminggu berlalu ,, lagi 3 minggu nak raya .

Hari ni baru je ada photography kelas dekat sekolah . So semalam semua dah berpakat pakai baju seragam . Tema kitorg hari ni biru pink . heheh .

heheh ,, tengok ni gambar formal .

ni pulak gambar tak formal 

hahah ,, cikgu siti comel je wei ... cikgu siti sentiasa comel .
lagi 6 bulan kitorg akan menempuh sem 3 ,, lepas tu memasing mesti dah ikut haluan masing2 . Walaupun baru je berkenalan selama 1 tahun setengah ,, tapi feeling hubungan macam dah 20 tahun .

nama kelas Musytari aka PP UMS 2 akan sentiasa diingati dan dikenang . Kawan2 yang bersama2 menempuh STPM tidak akan penah dilupa . 

Monday 13 June 2016

sahabat ku part 2

Ni sambungan dari entri lepas . Seterusnya my precious kedua ,, hahaaha  , budak ni . Dkt bawah ni hah .

haha ,, dia ni buat Sue happy je wei ,, Nama dia Mohd Nazri b Basri . Sue panggil dia Nazri je . haha . Dia ni kelakar lah org nye . Mata sepet , kalau dah gelak tu mata macam dah tutup mata . hahah .

Dia ni baik orangnya ,, Sue tau kisah silam dia . I know but hey past is past . Just pandang ke depan and not look back . Biarlah orang ckp apa pasal kita , janji kita tau diri kita mcm mana sekarang . (eh , mcm lari tajuk je)

Dalam banyak kawan yang sue jumpa , dia ni lain dari kawan Sue . Senang cerita Sue tak penah ada kawan mcm dia ni . Masa first time Sue kenal pun , dia ni tau sue ni mcm mana . woah ,, creepy giler wei . Kawan lain tak penah ckp camtu . So sejak tu Sue ckp dlm diri , sue kena jadi kawan dia . Lagi pelik ,, kalau dia dekat dengan Sue , sue boleh rasakan aura menakutkan dari dia ni . mmg scary giler lah ... tak tau kenapa . tapi itu dulu , sekarang . . . tak ada rasa aura menakutkan tu dah . maybe sbb dah kenalkan .

Lagi sue sedar yang dia ni kadang2 personaliti dia ni boleh berubah2 . Bila dekat sekolah lain , dalam whatsapp lain , dekat luar bila lepak pun lain . Ke perasaan sue je ni ,, ekkkkk .. hahah . 
Lagi Sue suka pasal dia ni , dia ni mcm motivater Sue tau . okaylah ,  Sue mengaku yang Sue ni jenis bila benda dah terlampau Sue tak boleh handel ,, Sue jadi stress , bila stress otak dah fikir lain ,, bila dah fikir lain pendam perasaan , bila dah pendam perasaan mula jiwa kacau . so dia ni lah bagi kata2 semangat . haha ,, rasa nak menangis je ni .. mengenangkan benda2 yang dah lepas T_T

Tapi an ayat dia ni kekadang sinis gak wei . Kekadang hati sakit gak ni . Sesuka hati je ckp mcm tak ada perasaan . Sue ni lah dok tahan air mata ni hah . Tapi apa dia ckp tu betul lah . Sue ni jenis nak kena desak2 dulu baru buat ,, tapi kalau dah buat tu , buat betul2 lah . tak ada main2 . Tapi tu lah , cara Sue kawan dengan dia ni banyak kan bersabar jela . Kalau org lain ni mmg dah angkat kaki dah tu . 

Then dia ni hah kelakar ,, hahahhaha ,, kekadang tu ada lawak tu tak boleh blah betul . Dah lah Sue ni jenis suka ketawa . Lagi kelakar tu dia ckp cara korea ckp uh . kan  kalau cite korea kan , kalau cakap memula nada rendah lepas tu nada tinggi . hahaha , tak boleh blah wei ,, dah lah mata sepet . hahaahahah . lepas tu nak jadi macam ajak shiro . nak masuk raja lawak . hahah . kau pergi mana2 pun aku sokong kau . tapi buat keje tak senonoh mmg tak lah . 

Sue suka gambar ni . hahaah ,, di mata aku kau ni dah kacak dah wei ..Sue ni banyak luah perasaan dekat dia ni , tak puas hati ke hapa ke dengan dia ni lah . Sbb tu Sue ckp dkt entri2 yg lepas Sue ni paling rapat dengan dia ni . Kawan lain mana ada Sue cite apa , except Dhiy lah . Kekadang ada benda tak cite dekat Dhiy ni . Lebih prefer shut myself ,, tapi dengan dia ni rasa nak cite semua . Kesakitan yang ku pendam selama ni , hingga meninggalkan luka yang amat dalam di lubuk hati ni . perhhh ,, ayat ... aduhh ,,, rasa nak nangis pulak . tahan2 puasa . T_T

hahaha ,,, fuhhh banyak Sue mengomel dekat sini . Banyak betul benda nak describe pasal dia ni . So bagi Sue dia ni kawan tak bukan kawan sahabat paling best the best giler2 . 


baru lepas potong rambut tu ,,, kacak je wei ...

toodless

Sahabat ku part 1

Assalamualaikum n hye semua

Setiap org mesti ada kawan baik kan kan kan .. Tapi Sue tak ada kawan baik .. Tak suka ada kawan baik . last-last tikam belakang . cukuplah sekali terkontang-kanting sorang2 .

Then , masuk form 6 , Sue jumpa kawan2 baru . Terkawanlah dengan my precious Sue ni .

Nama dia Nurul Diyanah Afiqah binti Rosmadi . Sue panggil Dhiy je . Dia ni merangkap sahabat baik + driver . hahah . okay , just kidding :-P

Balik sekolah Sue slalu dengan dia . Nak pergi beli brg apa2 utk sek pun pergi dengan dia . Sue rapat dengan dia ni disebabkan dia pun minat lagu BVB . ahha . maksudnya taste muzik samalah . tak kalah nak metal . haha

Tipu lah kalau kata selama setahun setengah berkawan tak ada gaduh2 . Ada tapi tak adalah gaduh jenis tak bercakap tu . Gaduh biasa je ,, nanti berapa minit baik balik .

ni kawan sue . haha 
ni tengah main makeup2

Tuesday 7 June 2016

Simple Mushroom Soup

Assalamualaikum dan hye semua

Straight to the point tak nak cakap banyak ni resepi sue sendiri . tak ada special pun sup ni , just simple and tak remeh nak buat . tak guna banyak peralatan pun . jadi senang untuk orang yang malas2 nak masak tu . hahaah . Sesuai juga untuk orang yang baru nak belajar masak tu ,, hahaah ,, ok ok .

Bahan:
Cendawan-guna apa2 pun
susu full cream/ susu segar
minyak masak
bawang besar-cincang halus
bawang putih-cincang halus
tepung gandum
stok ayam- 1 kiub pati ayam+air panas
lada hitam

Cara-cara:
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau . Masukkan cendawan , masak hingga layu .

Masukkan 1 sudu tepung gandum untuk pekatkan sup . Kacau cepat supaya tidak hangit . Seterusnya masukkan stok ayam.

Then , masukkan susu . biar hingga mendidih dan sup jadi pekat . Kepekatan sup ikut cita rasa masing2 . akhir sekali letak lada hitam . Dah siap . kalau sup korang tawar boleh tambah garam sedikit .

Nak tambah ayam pun boleh . Masukkan time nak tumis bawang dan cendawan .

Assalamualaikum n bye2 . Selamat mencuba !!

Sunday 5 June 2016

Girls Day Out

Assalamualaikum dan hye semua !!! Heheheh , hari ni Sue excited giler . hahaha ,,, next entri Sue cerita ...

Masa hari jumaat yang lepas ,, Sue dengan babe2 semua lepaking dekat mcd . haha . asalnya nak buat kerja kursus pp ,, last2 dok borak2 je . Serious ramai kot orang time tu . Kitorg keluar dari pukul 3 sampai pukul 7 mlm .

Then ,, lepas pergi mcd kitorg pergi karok . mmg giler2 lah dalam bilik karok tu . haha ,, tu je nak cerita ... layanlah gambar dkt bwh tu ,, ajet2 study je ...